Ads 468x60px

Wednesday, July 27, 2011

Pertandingan Boling PROKOM 2010

Pertandingan Boling PROKOM 2010 telah diadakan pada 18 Disember 2010 di U BOWL One Utama. Hampir 40 orang dari kalangan warga PROKOM termasuk keluarga telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 

Objektif pertandingan diadakan ialah bagi menerapkan semangat kesukanan dan motivasi di dalam diri kakitangan PROKOM dan mewujudkan persekitaran bekerja yang harmoni dan kondusif

Dengan matlamat yang sama, Unit Sukan BAKSO mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu medium yang boleh merapatkan dan mengerat hubungan antara ahli khususnya kakitangan PROKOM.

Tuesday, July 26, 2011

Permainan indoor (luar pejabat) - Badminton

Permainan badminton di kalangan warga belia PROKOM bermula pada November 2010 cetusan dari kalangan warga yang berminat dalam permainan ini. Walaupun tidak ramai yang bermain pada awalnya tetapi jumlah yang datang bermain semakin meningkat sehinggalah hampir setiap minggu aktiviti ini dilakukan.

Oleh itu Unit Sukan BAKSO mengalu-alukan tuan/puan untuk sama - sama memeriahkan lagi aktiviti sukan ini disamping dapat mengeratkan silaturrahim antara kita. Antara tempat permainan yang biasa bermain ialah di Stadium Titiwangsa dan  Protech Court Wangsa Maju.

Kebiasaan waktu permainan adalah dari pukul 6.00 petang hingga 7.30 malam pada hari Selasa. Walaubagaimanapun aktiviti ini bergantung kepada kekosongan court dan kecukupan pemain pada hari tersebut. Bayaran court dan shuttle akan dibayar pada urusetia pada hari permainan tersebut. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En Hafiz Mohd Sabri di talian 03-26187666. Akhir kata MAJULAH SUKAN UNTUK PROKOM...


Aktiviti - Aktiviti PROKOM 2011 - Biro Sukan

Antara cadangan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 2011 ini ialah :

1. Permainan indoor (luar pejabat)- Badminton

2. Permainan indoor (dalam pejabat) - Carom, Dart, Congkak

3. Pertandingan Boling PROKOM

4. Pertandingan Badminton PROKOM

Thursday, July 21, 2011

Hubungkait Tugasan/Skop kerja atau Komunikasi antara AJK Majlia Jamuan Hari Raya PROKOM 2011







Berikut adalah gambarajah hubungkait atau komunikasi antara AJK Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM. Adalah diharapkan agar kemudahan gambarajah hubungkait ini dapat memudahkan perhubungan sesama AJK.

Sekiranya terdapat sebarang keraguan dalam memahami hubungkait atau komunikasi sesama AJK ini, sila maklum kepada saya, Ketua Biro Sosial untuk keterangan yang lebih jelas.

Lesson learned dari Projek Jamuan Hari Raya PROKOM 2010

                Pengalaman mengajar kita. Itulah moto yang harus sematkan dan Belajarlah dari Kesilapan merupakan moto seterusnya dalam memperbaiki mutu dan kerja/projek kita. Di sinilah pentingnya penerapan atau methodology 'lesson leaned' bagi sesuatu projek yang dilaksanakan.

                 Adalah didapati bahawa terdapat beberapa pengajaran/ 'lesson learned' daripada Projek Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM 2010. Walaubagaimanapun daripada pengalaman dan kaca mata saya (selaku pembantu di bawah tugasan perhiasan bagi Majlis Jamuan Hari Raya 2010) berikut adalah beberapa 'lesson learned' yang saya perolehi:
  1. Kebergantungan kepada 1 orang dalam mengeluarkan idea.
  2. Objektif Majlis Jamuan Hari Raya 2010 tidak dinyatakan kepada stakeholder yang terlibat (warga PROKOM)
    • contohnya - Apakah motif pertandingan pakaian mengikut tema itu dilaksanakan? 
      • Sekiranya ia bertujuan memeriahkan / membuat suatu kelainan (maka ia berjaya)
      • Sekiranya ianya untuk mewujudkan silaturahim (maka saya rasa ia lebih kepada one man show kerana pemenangnya hanya 1 lelaki & 1 perempuan. Keakraban antara warga PROKOM masih kurang dirasai kerana kerjasama antara semua warga PROKOM tidak dirasai.
  3. Skop tidak jelas (tidak dimaklumkan kepada Stakeholder yang terlibat (warga PROKOM) - contohnya maklumat mengenai ahli jemputan ke majlis.
                  Walaubagaimanapun lesson learned yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan  perasaan, pengalaman dan dari kaca mata saya yang hina ini. Laman ini hanya sebagai pengajaran kepada diri saya sendiri dan tidak terniat untuk melukai hati atau menuding jari kepada sesiapa.

                  Yang pentingnya, Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM 2010 tetap berjaya kerana banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. TAHNIAH saya ucapkan kepada seluruh AJK Bakso yang terlibat.... BRAVO.....

                   Laman / Ruangan ini merupakan ruangan membelajaran buat semua. Setiap warga PROKOM dialu-alukan untuk kemukakan komen............


Laman ini laman terbuka
Bagi Penerapan Pengurusan Ilmu
Namun andai ada hati terluka
Mohon maaf ku pinta darimu

Terlajak kehadapan boleh diundur
Terlajak melukai meninggalkan bisa
Tarlajak tulis boleh di undo
Terlajak kata hati binasa

Sekali lagi maaf dipinta
Sekiranya ada hati yang terluka
Saya cuma manusia biasa
Salah dan silap maaf dipinta

Wednesday, July 20, 2011

Pertandingan Semasa Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM 2011

Bagi memeriahkan lagi suasana Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM 2011 ini, 2 pertandingan telah diwujudkan seperti berikut:
  1. Pertandingan pakaian mengikut tema Majlis Jamuan Hari Raya Prokom 2011
Pertandingan pakaian mengikut tema Majlis Jamuan Hari Raya Prokom 2011 akan berlangsung sepanjang majlis dan ianya tertakluk kepada syarat-syarat berikut:


 i. Hanya warga PROKOM sahaja yang layak menyertai pertandingan
 ii. Pemilihan pakaian hendaklah berdasarkan watak daripada filem-filem P. Ramlee  (sebahagian daripada watak telah dicadangkan kepada beberapa pegawai PROKOM seperti Lampiran Aa-sepertimana yang telah diedarkan) 
 iii. Pakaian hendaklah dipakai sepanjang majlis dijalankan.

         2. Pertandingan menghias makanan potluck di atas meja hidangan 
     
Terdapat lapan (8) lokasi yang menempatkan 8 meja hidangan untuk meletakkan makanan potluck pada hari majlis Jamuan Hari Raya PROKOM 2011. Setiap meja telah dinamakan dan nama kumpulan adalah berdasarkan nama meja (meja 1, meja 2, meja 3, meja 4, meja 5, meja 6, meja 7 dan meja 8). Setiap meja perlu dihiasi dan nama peserta serta ketua kumpulan bagi setiap meja yang disediakan boleh diperolehi dari laman Peranan Dan Tanggungjawab (Roles & Responsibilities) di bawah bil 13. Majlis Jamuan Raya PROKOM) 

Berikut adalah beberapa syarat yang perlu dilakukan oleh setiap kumpulan.

i. Beberapa prop akan diletakkan di atas meja-meja yang disediakan. Setiap peserta adalah diingatkan untuk menggunakan prop yang disediakan sebagai hiasan.Ianya adalah sebahagian daripada syarat pertandingan ini. 
iii. Hidangan makanan potluck beserta hiasan prop dan meja hendaklah kreatif mengikut tema dalam zaman P. Ramlee atau dari filem-filem P. Ramlee.
iv. Kekemasan meja hidangan juga diambilkira dari bermulanya majlis (11.00 pagi) hingga majlis tamat (3.00 petang)

Ketentuan lokasi makanan potluck yang dibawa oleh setiap warga PROKOM akan dimaklumkan selewat-lewatnya pada pertengahan bulan RAMADAN. Ini bagi memudahkan setiap warga PROKOM mengetahui dimanakah perletakan makanan potluck yang dibawa pada hari majlis diadakan. Tetapi ingin diingatkan di sini, cara hidangan potluck disusun adalah di bawah tanggungngan peserta kumpulan bukannya pada tuan punya makanan potluck.

Akhir kata dari saya Ketua Biro Sosial .....Selamat Berjaya.............(PIWITTT wisel berbunyi)

Tuesday, July 19, 2011

Monday, July 18, 2011

Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM 2011


MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PROKOM 

1.0 Latarbelakang 

Kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk pelaksanaan Jamuan Hari Raya PROKOM 2011 dibawah kendalian Jawatankuasa Kebajikan & Sosial PROKOM dengan kerjasama seluruh warga PROKOM. Untuk memeriahkan lagi majlis ini, adalah dicadangkan agar tema Jamuan Hari Raya 2011 kali berunsurkan filem-fiem P. Ramlee. Majlis boleh dianggap sebagai salam pengenalan PROKOM bersama jiran tetangga PROKOM (CKBA, CAST, CPUM, CKJG dan PROKOM Latihan) di Menara PJD ini. Secara tidak langsung ia dapat mengeratkan lagi siratulrahim sesama warga JKR yang lain. Bahkan ia boleh dijadikan sebagai satu jalan dalam memperkenalkan hasil kerja PROKOM kepada mereka. Perkara yang lebih diutamakan adalah pembabitan setiap warga PROKOM dalam menjayakan majlis ini dapat mewujudkan satu medium yang boleh merapatkan dan mengerat hubungan antara semua warga PROKOM dari perbagai jurusan dan status.

2.0 Objektif 

i. Mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM 2011 yang bertemakan P. Ramlee dalam bulan Syawal
ii. Mengeratkan siratulrahim sesama warga PROKOM
iii. Mengenali jiran tetangga khususnya warga JKR di Menara PJD
iv. Secara tidak langsung ianya bertujuan memperkenalkan hasil kerja / projek PROKOM kepada tetamu yang hadir

3.0 Para Jemputan

Jemputan adalah dari warga PJD
= CPUM, CKJG, CKBA, CAST dan PROKOM Latihan dan termasuk kita PROKOM
= ianya boleh mencecah kepada 1000 orang tetamu


4.0 Cadangan Tempat 

Wing Kiri dan Wing Kanan, Tingkat 28, Menara PJD 

5.0 Cadangan Tarikh

Rabu - 21 September 2011 (22 Syawal 1432)

6.0 Tentatif Program 

11.00 am                       -  Kehadiran tetamu jemputan 
3.00 p.m                        - Majlis tamat 

 
6.1 Cadangan Makanan Untuk Katering 

1. Rendang Ayam
2. Rendang Tok
3. Rojak Pasembor extra kuah kacang
4. Mee goreng Mamak
5. Roti canai / chapati
6. Gulai daging – banyakan ubi kentang

6.2 Cadangan Makanan Untuk Potluck 

Setiap pegawai diharapkan dapat membawa apa-apa sahaja makanan bagi 15 orang termasuk 2 bungkus nasi himpit untuk disaji kepada para tetamu di majlis Jamuan Hari Raya PROKOM ini. Antara hidangan yang dicadangkan adalah seperti di Lampiran B - sepertimana yang telah diedarkan.

6.3 Maksud makanan potluck untuk 15 orang

1 portion yang dibawa hendaklah 1 portion yang mengenyangkan.
sebagai contoh: 
kalau mee rebus sebagai makanan potluck 
1 orang sama dgn 1 portion =  semangkuk mee rebus
maka kalau 15 orang = 15 mangkuk mee rebus


kalau bawa nugget sebagai makanan potluck
1 orang  = 5 ketul nugget
maka 15 orang = 15 x 5 = 75 ketul nugget

kalau bawa kuih sebagai maknan potluck
1 orang = 3 ketul kuih
kalau 15 orang = 15 x 3 = 45 ketul kuih (atau paling senang 1 loyang)

Sekali lagi diingatkan 1 portion makanan bagi seorang hendaklah 1 portion yang mengenyangkan.


Walaubagaimanapun adalah amat-amat diharapkan sekiranya dapat membawa makanan potluck yang heavy seperti kuah lontong, kuah soto, kuih muih, mee rebus, kuew tiaw, spagetti, nugget dan sebagainya. Seboleh-bolehnya elakkan mambawa merku atau kekacang sebagai makanan utama potluck anda.

Adalah diharapkan makanan seperti kuih raya, merku atau kekacang dibawa sebagai makanan sampingan yang dibawa bersama dengan makanan potluck lain.....


Terdapat 2 jenis pertandingan semasa Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM:
  1. Pertandingan pakaian mengikut tema Majlis Jamuan Hari Raya Prokom 2011
  2. Pertandingan menghias makanan potluck di atas meja hidangan (meja 1- meja 8) yang telah disediakan (nama peserta dan ketua bagi setiap meja boleh diperolehi dari laman Peranan Dan Tanggungjawab (Roles & Responsibilities) di bawah bil 13. Majlis Jamuan Haya PROKOM)
Sila rujuk laman Pertandingan untuk maklumat yang lebih lengkap.

7.0 Lain-lain Hal Berkaitan Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM

  1. Maklumat  AJK Majlis Jamuan Hari Raya PRKOM 2011 (Nama, No. telefon & email)
  2. Roles & Responsibilities AJK Majlis Jamuan Hari Raya PRKOM 2011
  3. WBS skop kerja, timeline & milestone projek Majlis Jamuan Hari Raya PRKOM 2011
  4. Barang-barang antik atau nampak antik yang boleh dibawa sebagai prop
  5. Watak bagi setiap warga PROKOM
  6. Hubungkait antara sesuatu tugasan/skop kerja atau corak perhubungan antara ketua AJK Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM berdasarkan tugasan/skop kerja masing-masing.
  7. Difinasi Skop Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM 2011
  8. Minit Mesyuarat/Perbincangan Persediaan Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM 2011
  9. Gambar-gambar berkaitan Persediaan Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM 2011
  10. Lesson learned dari Projek Jamuan Hari Raya PROKOM 2010

8.0 Penutup

Adalah amat diharapkan agar semua warga PROKOM dapat memberi kerjasama dalam menjayakan Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM 2011 ini. Ini adalah salah satu daripda cara lembut/halus kita dalam meperkenalkan PROKOM kepada warga JKR yang lain. Secara tidak langsung kunjungan mereka ke PROKOM, tingkat 28... membawa mereka ke NADI PROKOM, dimana produk-produk PROKOM dipersembahkan.

Sekali lagi saya ulangi, kerjasama daripada anda semua amat-amat kami hargai........

Akhir kata......Salam sayang dari saya Ketua Biro Sosial.....