Ads 468x60px

Tuesday, April 24, 2012

PROGRAM MENDERMA PAKAIAN TERPAKAI



PROGRAM MENDERMA PAKAIAN TERPAKAI

1) Untuk makluman tuan/puan, JAKSO telah merancang untuk mengadakan Program Menderma Pakaian Terpakai daripada warga PROKOM. Tujuan  program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengumpulkan pakaian terpakai yang bersesuaian dan masih boleh digunakan untuk disumbangkan kepada pertubuhan anak-anak yatim.

2) Program Menderma Pakaian Terpakai ini dijadual akan diadakan pada hari Jumaat terakhir setiap bulan bermula bulan April 2012. Sekiranya tuan/puan berhasrat untuk menyumbangkan pakaian terpakai, dipohon untuk menyerahkannya semasa program diadakan pada :-

Nama Program   Program Menderma Pakaian Terpakai
Tarikh                 :  27 / 4 / 2012 ( Jumaat )
Masa                  :  10 pagi-11.00 pagi
Tempat               :   Bilik Stor JAKSO ( berhampiran Unit UPNM ), Ting 27 Menara PJD

Jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Pn. Roziana bt Shamsudin atau Pn. Maslina Bt Abu Bakar.


Sekian,
JAKSO PROKOM.

Monday, April 23, 2012

Sumbangan Ikhlas Kepada En. Mohd Lokman bin Seman

KEBAJIKAN

Dukacita dimaklumkan anak kepada En.Mohd Lokman telah dimasukkan ke Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur sejak 3/4/2012 atas sebab masalah jangkitan otak yang serius. Sehubungan dengan itu, JAKSO memohon sumbangan ikhlas daripada semua warga PROKOM untuk disalurkan kepada keluarga beliau.

Kutipan derma ikhlas akan dilakukan sepanjang minggu ini oleh wakil kutipan yang akan dilantik kelak.
JAKSO juga berharap agar dengan sumbangan ikhlas dari semua warga PROKOM dapat mengurangkan serba sedikit bebanan beliau.


ikhlas dari,
JAKSO PROKOM