Ads 468x60px

Sunday, May 20, 2012

Majlis Perpisahan & Sambutan Hari Lahir pada 18/5/2012


Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Majlis ini di adakan pada 18/5/2012 yang lepas.
Tujuan diadakan jamuan makan ini adalah bersempena pertukaran pegawai serta majlis sambutan hari lahir.

hadiah-hadiah yang diberikan :-





Pegawai yang berpindah adalah :-
Ir. Razali bin Muda 
En. Anuar bin Kassim
En. Anuar bin Pawan
En. Nizam bin Din
Pn. Nor Hidayah binti Yahya
En. Amir Hamzah 




Pegawai yang baru berkahwin :-
En. Mohamad Norazri



seramai 25 orang pegawai yang menyambut hari lahir ( April,Mei,Jun )

 


di antara pegawai-pegawai yang menyambut hari lahir:-




 



 

 


 

Tuesday, April 24, 2012

PROGRAM MENDERMA PAKAIAN TERPAKAI



PROGRAM MENDERMA PAKAIAN TERPAKAI

1) Untuk makluman tuan/puan, JAKSO telah merancang untuk mengadakan Program Menderma Pakaian Terpakai daripada warga PROKOM. Tujuan  program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengumpulkan pakaian terpakai yang bersesuaian dan masih boleh digunakan untuk disumbangkan kepada pertubuhan anak-anak yatim.

2) Program Menderma Pakaian Terpakai ini dijadual akan diadakan pada hari Jumaat terakhir setiap bulan bermula bulan April 2012. Sekiranya tuan/puan berhasrat untuk menyumbangkan pakaian terpakai, dipohon untuk menyerahkannya semasa program diadakan pada :-

Nama Program   :  Program Menderma Pakaian Terpakai
Tarikh                 :  27 / 4 / 2012 ( Jumaat )
Masa                  :  10 pagi-11.00 pagi
Tempat               :   Bilik Stor JAKSO ( berhampiran Unit UPNM ), Ting 27 Menara PJD

Jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Pn. Roziana bt Shamsudin atau Pn. Maslina Bt Abu Bakar.


Sekian,
JAKSO PROKOM.

Monday, April 23, 2012

Sumbangan Ikhlas Kepada En. Mohd Lokman bin Seman

KEBAJIKAN

Dukacita dimaklumkan anak kepada En.Mohd Lokman telah dimasukkan ke Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur sejak 3/4/2012 atas sebab masalah jangkitan otak yang serius. Sehubungan dengan itu, JAKSO memohon sumbangan ikhlas daripada semua warga PROKOM untuk disalurkan kepada keluarga beliau.

Kutipan derma ikhlas akan dilakukan sepanjang minggu ini oleh wakil kutipan yang akan dilantik kelak.
JAKSO juga berharap agar dengan sumbangan ikhlas dari semua warga PROKOM dapat mengurangkan serba sedikit bebanan beliau.


ikhlas dari,
JAKSO PROKOM

Saturday, February 18, 2012

Majlis pada 17/02/2012

  1. * Pada pagi Jumaat ( 17/02/2012) telah diadakan Majlis Doa Selamat sempena perpindahan Unit Value Management ke Tingkat 22,Menara PJD
  2. * Majlis juga diselitkan dengan tazkirah pagi oleh En. Mas Abdul Rahman.
  3. * Pemberian Kad Ucapan Hari Jadi pada pegawai-pegawai yang menyambut hari lahir pada bulan Februari dan Mac juga memeriahkan acara majlis pada pagi itu.
  4. * Tidak lupa juga pemberian Kad Ucapan Tahniah buat Pengarah baru PROKOM iaitu Ir. Hj. Nazari bin Hashim.
  5. * Pemberian Hadiah perkahwinan kepada pegawai-pegawai yang baru melangsungkan perkahwinan.
  6. * Pemberian Trofi buat pemenang Pertandingan Badminton PROKOM yang dianjurkan baru-baru ini. 
  7. * Pemberian Sijil Penghargaan buat Tokoh Pekerja Cemerlang bagi bulan ini.

Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Sr.Ruzali bin Hussein


Tazkirah oleh En.Mas Abdul Rahman bin Mas Mohamed


Hadiah Perkahwinan & Kad Hari Jadi

Pemberian Kad Penghargaan Tahniah buat Pengarah Baru, Ir. Hj. Nazari bin Hashim.

Pemberiaan Kad Ucapan Hari Jadi : -




                                             
                                            Pemberian Hadiah Perkahwinan :-



Pemberian Trofi buat pemenang Pertandingan Badminton PROKOM :-

Johan Perseorangan Wanita
Johan Bergu Wanita
Naib Johan Bergu Wanita
Johan Perseorangan Lelaki
Naib Johan Perseorangan Lelaki
Johan Bergu Lelaki
Naib Johan Bergu Lelaki
 Pemberian Sijil Penghargaan buat Tokoh Pekerja Cemerlang : -




Makan-makan selepas selesai majlis:-