Ads 468x60px

Monday, July 18, 2011

Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM 2011


MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PROKOM 

1.0 Latarbelakang 

Kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk pelaksanaan Jamuan Hari Raya PROKOM 2011 dibawah kendalian Jawatankuasa Kebajikan & Sosial PROKOM dengan kerjasama seluruh warga PROKOM. Untuk memeriahkan lagi majlis ini, adalah dicadangkan agar tema Jamuan Hari Raya 2011 kali berunsurkan filem-fiem P. Ramlee. Majlis boleh dianggap sebagai salam pengenalan PROKOM bersama jiran tetangga PROKOM (CKBA, CAST, CPUM, CKJG dan PROKOM Latihan) di Menara PJD ini. Secara tidak langsung ia dapat mengeratkan lagi siratulrahim sesama warga JKR yang lain. Bahkan ia boleh dijadikan sebagai satu jalan dalam memperkenalkan hasil kerja PROKOM kepada mereka. Perkara yang lebih diutamakan adalah pembabitan setiap warga PROKOM dalam menjayakan majlis ini dapat mewujudkan satu medium yang boleh merapatkan dan mengerat hubungan antara semua warga PROKOM dari perbagai jurusan dan status.

2.0 Objektif 

i. Mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM 2011 yang bertemakan P. Ramlee dalam bulan Syawal
ii. Mengeratkan siratulrahim sesama warga PROKOM
iii. Mengenali jiran tetangga khususnya warga JKR di Menara PJD
iv. Secara tidak langsung ianya bertujuan memperkenalkan hasil kerja / projek PROKOM kepada tetamu yang hadir

3.0 Para Jemputan

Jemputan adalah dari warga PJD
= CPUM, CKJG, CKBA, CAST dan PROKOM Latihan dan termasuk kita PROKOM
= ianya boleh mencecah kepada 1000 orang tetamu


4.0 Cadangan Tempat 

Wing Kiri dan Wing Kanan, Tingkat 28, Menara PJD 

5.0 Cadangan Tarikh

Rabu - 21 September 2011 (22 Syawal 1432)

6.0 Tentatif Program 

11.00 am                       -  Kehadiran tetamu jemputan 
3.00 p.m                        - Majlis tamat 

 
6.1 Cadangan Makanan Untuk Katering 

1. Rendang Ayam
2. Rendang Tok
3. Rojak Pasembor extra kuah kacang
4. Mee goreng Mamak
5. Roti canai / chapati
6. Gulai daging – banyakan ubi kentang

6.2 Cadangan Makanan Untuk Potluck 

Setiap pegawai diharapkan dapat membawa apa-apa sahaja makanan bagi 15 orang termasuk 2 bungkus nasi himpit untuk disaji kepada para tetamu di majlis Jamuan Hari Raya PROKOM ini. Antara hidangan yang dicadangkan adalah seperti di Lampiran B - sepertimana yang telah diedarkan.

6.3 Maksud makanan potluck untuk 15 orang

1 portion yang dibawa hendaklah 1 portion yang mengenyangkan.
sebagai contoh: 
kalau mee rebus sebagai makanan potluck 
1 orang sama dgn 1 portion =  semangkuk mee rebus
maka kalau 15 orang = 15 mangkuk mee rebus


kalau bawa nugget sebagai makanan potluck
1 orang  = 5 ketul nugget
maka 15 orang = 15 x 5 = 75 ketul nugget

kalau bawa kuih sebagai maknan potluck
1 orang = 3 ketul kuih
kalau 15 orang = 15 x 3 = 45 ketul kuih (atau paling senang 1 loyang)

Sekali lagi diingatkan 1 portion makanan bagi seorang hendaklah 1 portion yang mengenyangkan.


Walaubagaimanapun adalah amat-amat diharapkan sekiranya dapat membawa makanan potluck yang heavy seperti kuah lontong, kuah soto, kuih muih, mee rebus, kuew tiaw, spagetti, nugget dan sebagainya. Seboleh-bolehnya elakkan mambawa merku atau kekacang sebagai makanan utama potluck anda.

Adalah diharapkan makanan seperti kuih raya, merku atau kekacang dibawa sebagai makanan sampingan yang dibawa bersama dengan makanan potluck lain.....


Terdapat 2 jenis pertandingan semasa Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM:
  1. Pertandingan pakaian mengikut tema Majlis Jamuan Hari Raya Prokom 2011
  2. Pertandingan menghias makanan potluck di atas meja hidangan (meja 1- meja 8) yang telah disediakan (nama peserta dan ketua bagi setiap meja boleh diperolehi dari laman Peranan Dan Tanggungjawab (Roles & Responsibilities) di bawah bil 13. Majlis Jamuan Haya PROKOM)
Sila rujuk laman Pertandingan untuk maklumat yang lebih lengkap.

7.0 Lain-lain Hal Berkaitan Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM

  1. Maklumat  AJK Majlis Jamuan Hari Raya PRKOM 2011 (Nama, No. telefon & email)
  2. Roles & Responsibilities AJK Majlis Jamuan Hari Raya PRKOM 2011
  3. WBS skop kerja, timeline & milestone projek Majlis Jamuan Hari Raya PRKOM 2011
  4. Barang-barang antik atau nampak antik yang boleh dibawa sebagai prop
  5. Watak bagi setiap warga PROKOM
  6. Hubungkait antara sesuatu tugasan/skop kerja atau corak perhubungan antara ketua AJK Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM berdasarkan tugasan/skop kerja masing-masing.
  7. Difinasi Skop Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM 2011
  8. Minit Mesyuarat/Perbincangan Persediaan Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM 2011
  9. Gambar-gambar berkaitan Persediaan Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM 2011
  10. Lesson learned dari Projek Jamuan Hari Raya PROKOM 2010

8.0 Penutup

Adalah amat diharapkan agar semua warga PROKOM dapat memberi kerjasama dalam menjayakan Majlis Jamuan Hari Raya PROKOM 2011 ini. Ini adalah salah satu daripda cara lembut/halus kita dalam meperkenalkan PROKOM kepada warga JKR yang lain. Secara tidak langsung kunjungan mereka ke PROKOM, tingkat 28... membawa mereka ke NADI PROKOM, dimana produk-produk PROKOM dipersembahkan.

Sekali lagi saya ulangi, kerjasama daripada anda semua amat-amat kami hargai........

Akhir kata......Salam sayang dari saya Ketua Biro Sosial.....
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment