Ads 468x60px

Tuesday, April 24, 2012

PROGRAM MENDERMA PAKAIAN TERPAKAI



PROGRAM MENDERMA PAKAIAN TERPAKAI

1) Untuk makluman tuan/puan, JAKSO telah merancang untuk mengadakan Program Menderma Pakaian Terpakai daripada warga PROKOM. Tujuan  program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengumpulkan pakaian terpakai yang bersesuaian dan masih boleh digunakan untuk disumbangkan kepada pertubuhan anak-anak yatim.

2) Program Menderma Pakaian Terpakai ini dijadual akan diadakan pada hari Jumaat terakhir setiap bulan bermula bulan April 2012. Sekiranya tuan/puan berhasrat untuk menyumbangkan pakaian terpakai, dipohon untuk menyerahkannya semasa program diadakan pada :-

Nama Program   Program Menderma Pakaian Terpakai
Tarikh                 :  27 / 4 / 2012 ( Jumaat )
Masa                  :  10 pagi-11.00 pagi
Tempat               :   Bilik Stor JAKSO ( berhampiran Unit UPNM ), Ting 27 Menara PJD

Jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Pn. Roziana bt Shamsudin atau Pn. Maslina Bt Abu Bakar.


Sekian,
JAKSO PROKOM.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment