Ads 468x60px

Tuesday, July 24, 2012

Hari JOM SIHAT PROKOM 2012 ( part 1 )

1) Objektif Program JOM SIHAT ialah sebagai kayu ukur peringkat akhir bagi kesemua kategori Kejohanan Indoor Games PROKOM 2012 di samping mengukuhkan ikatan silaturrahim.

2) Program dimulai seawal 9.00 pagi bermula dengan senamrobik dan diikuti tarian poco-poco.

3) Aktiviti diteruskan pada jam 10.00 pagi dengan acara kemuncak perlawanan akhir Indoor Games bagi permainan dart, congkak, karom dan ping pong.

4) Pertarungan yang amat sengit telah dapat disaksikan di mana setiap kumpulan yang bertanding di peringkat akhir telah mempertaruhkan jaguh-jaguh kampung yang begitu kreatif untuk mencipta kemenangan bergaya.

5) Pusingan akhir kejohanan ini tidak hanya menobatkan juara individu mahupun beregu tetapi juga juara keseluruhan kumpulan yang bakal membawa pulang sebuah Trofi Piala Pusingan.

6) Hadiah telah disampaikan oleh kedua-dua Pengarah Cawangan PROKOM iaitu Ir. Hj. Mohd Daud Harun dan Ir. Hj. Nazari Hashim di majlis penutup pada jam 1.00 tengahari.

berikut adalah gambar-gambar semasa majlis tersebut :-


 






 





 

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment