Ads 468x60px

Thursday, June 14, 2012

Kunjungan Ke Rumah En.Lokman bin Seman kerana menziarahi anaknya yang sakit

Baru-baru ini, pihak JAKSO telah mengatur kunjungan ke rumah kakitangan PROKOM iaitu En. Mohd Lokman bin Seman. Kunjungan ke rumahnya di Setapak adalah bertujuan untuk menziarahi anak kecil beliau yang mengalami masalah jangkitan otak. Kunjungan ini diketuai oleh Pengarah PROKOM, Ir. Hj. Mohd Daud bin Harun.Turut menyertai kunjungan tersebut ialah Hj, Yaakob bin Abdul Latif (Pengerusi JAKSO) , En. Abdul Rahman bin Ambari dan En.Rozainol Effendi bin Md Janah (Ketua Biro Kebajikan JAKSO).

Kutipan derma kilat yang diadakan sebelum ini dikalangan warga PROKOM telah diserahkan kepada En. Mohd Lokman bin Seman semasa kunjungan tersebut.

  







 

Sunday, May 20, 2012

Majlis Perpisahan & Sambutan Hari Lahir pada 18/5/2012


Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Majlis ini di adakan pada 18/5/2012 yang lepas.
Tujuan diadakan jamuan makan ini adalah bersempena pertukaran pegawai serta majlis sambutan hari lahir.

hadiah-hadiah yang diberikan :-





Pegawai yang berpindah adalah :-
Ir. Razali bin Muda 
En. Anuar bin Kassim
En. Anuar bin Pawan
En. Nizam bin Din
Pn. Nor Hidayah binti Yahya
En. Amir Hamzah 




Pegawai yang baru berkahwin :-
En. Mohamad Norazri



seramai 25 orang pegawai yang menyambut hari lahir ( April,Mei,Jun )

 


di antara pegawai-pegawai yang menyambut hari lahir:-




 



 

 


 

Tuesday, April 24, 2012

PROGRAM MENDERMA PAKAIAN TERPAKAI



PROGRAM MENDERMA PAKAIAN TERPAKAI

1) Untuk makluman tuan/puan, JAKSO telah merancang untuk mengadakan Program Menderma Pakaian Terpakai daripada warga PROKOM. Tujuan  program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengumpulkan pakaian terpakai yang bersesuaian dan masih boleh digunakan untuk disumbangkan kepada pertubuhan anak-anak yatim.

2) Program Menderma Pakaian Terpakai ini dijadual akan diadakan pada hari Jumaat terakhir setiap bulan bermula bulan April 2012. Sekiranya tuan/puan berhasrat untuk menyumbangkan pakaian terpakai, dipohon untuk menyerahkannya semasa program diadakan pada :-

Nama Program   Program Menderma Pakaian Terpakai
Tarikh                 :  27 / 4 / 2012 ( Jumaat )
Masa                  :  10 pagi-11.00 pagi
Tempat               :   Bilik Stor JAKSO ( berhampiran Unit UPNM ), Ting 27 Menara PJD

Jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Pn. Roziana bt Shamsudin atau Pn. Maslina Bt Abu Bakar.


Sekian,
JAKSO PROKOM.

Monday, April 23, 2012

Sumbangan Ikhlas Kepada En. Mohd Lokman bin Seman

KEBAJIKAN

Dukacita dimaklumkan anak kepada En.Mohd Lokman telah dimasukkan ke Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur sejak 3/4/2012 atas sebab masalah jangkitan otak yang serius. Sehubungan dengan itu, JAKSO memohon sumbangan ikhlas daripada semua warga PROKOM untuk disalurkan kepada keluarga beliau.

Kutipan derma ikhlas akan dilakukan sepanjang minggu ini oleh wakil kutipan yang akan dilantik kelak.
JAKSO juga berharap agar dengan sumbangan ikhlas dari semua warga PROKOM dapat mengurangkan serba sedikit bebanan beliau.


ikhlas dari,
JAKSO PROKOM